Kalau kamu kaya bersyukurlah
Kalau kamu miskin bersabarlah
Berusahalah selalu
Kemudian tawakal kepada Tuhan
Jangan tawakal saja tanpa usaha
Bekerja itu syariat yang dituntut
Bertawakal itu satu aspek dari akhlak orang yang beraqidah
Gabungkanlah syariat dengan aqidah
Satukanlah tawakal dengan usaha
Itulah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Di dalam pergaulan hendaklah bertolak ansur
Bekerjasama di dalam kebaikan
Salah dan silap maaf-bermaafan
Jangan sombong dengan kebolehan
Merendah dirilah sesama manusia
Ibadah jangan dicuaikan kerana kita hamba
Kalau ibadah dicuaikan, kita sombong dengan Tuhan
Bagaimana sibuk, ibadah jangan ditinggalkan
Begitulah perintah dari Tuhan kita
oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi